Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lateefa Koya dilarang jumpa Anwar

5 APRIL: Lateefa Koya dilarang menemui anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wujud perlanggaran dalam peraturan ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak membabitkan peguam-peguam lain yang mengendalikan kes bekas Ketua pembangkang itu.

Pengarah Jabatan Penjara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Darussalam Budin berkata berdasarkan Seksyen 26 Akta Penjara 1995, seseorang banduan walaupun berada di luar penjara dan masih dalam tempoh hukuman masih tertakluk kepada peraturan-peraturan.

“Peraturan 101(2), Peraturan-Peraturan Penjara 2000 menetapkan perjumpaan di antara peguam dengan seseorang banduan adalah bagi urusan berkaitan kes perbicaraan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar kini masih menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dan keutamaan adalah diberikan kepada lawatan keluarga.

Namun, kata Darussalam, pertimbangan turut diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk berjumpa dengan peguam atas urusan berkaitan kes mahkamah yang sedang berjalan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 10:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: