Kategori Berita Utama

Proses demokrasi PH songsang!

12 JAN: Ahli majlis pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya kesal dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) menamakan calon perdana menteri dan timbalan secara tergesa-gesa.

Menurutnya, tiada penerangan diberikan kepada ahli parti sebelum pengumuman dibuat dan ia hanya memerangkap gabungan empat parti pembangkang itu dalam permainan politik BN.

“Bagi saya, pengumuman calon PM/DPM secara tergesa-gesa adalah satu tindakan memerangkap diri sendiri dalam game BN.

“Malangnya, pihak pimpinan baharu sekarang nak turun nak beri penjelasan. Terbalik!

“Perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum bukan selepas! Proses demokrasi songsang,” katanya menerusi Facebook, Jumaat.

Pada Ahad lalu, PH mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua jawatan tertinggi negara sekiranya mereka berjaya memenangi PRU14.

Sementara itu, Latheefa menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak untuk jawatan perdana menteri.

Beliau turut mendakwa BN yang mensabitkan kesalahan Anwar yang kini di penjara sehingga tidak layak bertanding.

“Tetapi kita yang macam bodoh ulang-ulang Anwar tidak layak, jadi kita kena cari orang lain. Mudahnya nak patahkan perjuangan kita ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2018 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: