Kategori Berita Utama

Lawak terbaru Anwar pasal 40 ribu pengundi Bangla

20 NOV: Bila wartawan dengar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘pusing belakang’ kata isu 40 ribu pengundi dari Bangladesh yang kononnya undi Barisan Nasional (BN) pada PRU 13, ditimbulkan penulis pro UMNO, ramai yang gelak.

Anwar kata, pihaknya sudah buat kajian tetapi tidak ada kenyataan tersebut sebaliknya mainan bloggers UMNO.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Umum PKR itu yang menjawab pertanyaan media di Lobi Parlimen, Rabu menegaskan, pembangkang hanya buat kenyataan memang ada pengundi luar bukannya Bangla.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina sudah menafikan dakwaan bahawa 40 ribu rakyatnya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi BN pada Mei lalu.

pengundibangla

Antara warganegara yang ditahan dan dihalang ketika PRU lalu kononnya mereka Bangla atau pengundi hantu

Anwar mungkin sengaja buat-buat lupa atau mahu bikin lawak. Mungkin juga pegawainya tidak buat pun kajian sebaliknya guna SOP biasa tunding perkara itu kepada media atau portal yang pro UMNO.

Rakyat tahu menjelang PRU 13 Mei lalu, Anwar adakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya mengenai isu pengundi Bangla dan luar yang dakwanya diterbangkan menggunakan pesawat khas.

Beliau dakwa  ada 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

Berdasarkan pengiraan pembangkang kira-kira  4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari bermula 25 April kecuali pada 1 Mei.

Ini bermakna 40 ribu individu masuk secara diragui melalui KLIA dan rakyat asing yang melalui jalan darat serta pelabuhan.

Anwar turut mendakwa syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

Malah, pembangkang turut mendakwa pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

Selain itu katanya, ada juga maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

anwaribrahim

ANWAR…seperti biasa salahkan media atau bloggers yang pro UMNO

Pembangkang juga menuntut penjelasan Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM berhubung perkara itu serta pembabitan Jabatan Perdana Menteri  kononnya menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman menyifatkan tuduhan pembangkang itu propaganda kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu.

Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,ribu warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘manipulasi politik, beliau berkata gambaran rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu. –

Itu dakwaan sebelum pilihan raya dan ketika PRU 13 berlangsung, pembangkang beria-ia cuba membuktikan ada pengundi rakyat Bangladesh yang keluar mengundi  BN.

Beberapa orang yang pembangkang dakwa warga Bangladesh dihalang mengundi sedangkan mereka ada kad pengenalan dan warganegara Malaysia.

anwarbangla

Portal pembangkang puas spin isu 40 ribu Bangla

Cerita mengenai pengundi Bangla serta blackout di tempat pengiraan undi yang diuar-uar  pembangkang itu akhirnya turut dinafikan oleh ahli parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming.

Lebih menarik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini mendedahkan hanya 12 orang rakyat Bangladesh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh 10 tahun lalu.

Sebab itulah, untuk tutup malu, Anwar seperti biasa akan ‘pusing belakang’ dan salahkan media yang pro UMNO.

Apapun, itulah kelebihan Anwar yang apa sahaja keluar daripada mulutnya diterima bulat-bulat oleh penyokong pembangkang.

Disudut lain, jelaslah pembangkang semakin hilang integriti apabila selalu ‘kantoi’ dalam isu yang dibangkitkan kerana gagal menunjukkan bukti ataupun fakta. – bnbbc.my

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 November 2013 1:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]