Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lawan fitnah dengan fakta : Wanita UMNO

2 OGOS : Biro Media Sosial Pergerakan Wanita UMNO sedang memperkukuhkan pasukan penulis blognya bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan tugas dalam menangkis segala persepsi negatif pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

wanita umno“Kita akan mempertahankan kritikan terhadap UMNO dan kerajaan melalui media sosial. Memandangkan pihak pembangkang menggunakan banyak blog, kita pun ada blog kita sendiri,” kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sepanggar , Sabah, Ahad.

Selain itu, Wanita UMNO turut menggiatkan Program Jalinan Rakyat (JR) untuk bersemuka dengan anggota parti dan masyarakat di peringkat akar umbi.

Menurutnya, jentera pergerakan dibekalkan dengan maklumat terkini berhubung segala isu bagi memudahkan mereka memberi penjelasan yang tepat dan benar kepada masyarakat sekaligus mengelak mereka terpengaruh dakyah pembangkang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: