Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lawatan Najib kukuh hubungan Malaysia-Maldives

21 DIS: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Maldives terus diperkukuh dengan pelbagai kerjasama dan perkongsian dalam sektor yang menguntungkan kedua-dua negara.

Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas undangan Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom, menyaksikan kedua-dua negara memeterai empat perjanjian persefahaman (MoU) bagi kepentingan bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) beramah mesra dengan Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom ketika menyaksikan pemeteraian empat Memorandum Persefahaman (MoU) sempena lawatan rasmi tiga hari di negara itu.

MoU berkenaan adalah mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives dalam bidang kesihatan, memadamkan kebakaran dan menyelamat serta pendidikan tinggi.

Najib berkata, Malaysia dan Maldives boleh menerokai industri halal bersama bagi menjana aktiviti ekonomi yang menguntungkan, apatah lagi  negara mempunyai kepakaran dengan pensijilan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Selain itu Malaysia dan Maldives boleh bekerjasama walaupun dengan mengeksportnya ke negara ketiga. Kami juga melihat kepada kewangan Islam memandangkan Malaysia peneraju sektor ini,” katanya.

Abdullah Yameen mengakui Malaysia adalah antara negara yang banyak terbabit dalam pembangunan sosioekonomi Maldives sejak hubungan terjalin pada 1968.

“Kami juga bersetuju untuk mewujudkan mekanisme yang sesuai bagi menggalakkan kerjasama perniagaan, perdagangan dan pelaburan selain meningkatkan kerjasama antara sektor swasta,” kata Presiden Madives itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 2:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: