Kategori Berita Utama

Lawatan PM lancar, bongkar fitnah pembangkang

13 SEPT: Kelancaran lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) serta kejayaan pertemuan dengan presiden negara itu, Donald Trump, dilihat berjaya membersihkan tohmahan dilemparkan pembangkang terutama Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini bekas Perdana Menteri itu bersama pembangkang lain mendakwa Najib akan ditahan jika melawat AS, malah pesawatnya juga tidak dibenarkan melalui ruang udara negara terbabit.

“Isu Jabatan Kehakiman (DoJ) AS  juga nampaknya tidak menjadi isu seperti yang digembar-gemburkan oleh Dr Mahathir dan pihak pembangkang selama ini.

“Maka jelaslah, selama ini isu yang ditimbulkan merupakan pembohongan besar kepada rakyat dan fitnah semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pertemuan empat mata antara Najib dan Trump di Rumah Putih membuktikan kerajaan Malaysia diterajui perdana menteri menerima penghormatan tinggi daripada kerajaan AS.

Kunjungan Najib  adalah atas jemputan Trump sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Beliau tiba di Rumah Putih pagi tadi (waktu tempatan) dan mengadakan pertemuan dengan Trump dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke AS, sekali gus menjadi Perdana Menteri ketiga negara mengunjungi Presiden AS di Washington DC selepas Dr Mahathir pada 1984 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 9:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]