Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Layanan kelas kedua punca majikan dibunuh pekerja

15 APRIL: Gara-gara tidak melayan pekerja dengan baik, seorang pemilik sebuah syarikat menjual lori dibunuh dalam kejadian di Kampung Sri Purnama, Johor pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Shahurinain Jais berkata hasil siasatan mendapati kejadian disebabkan suspek tidak puas hati dengan layanan mendiang ke atas rakannya, Than Nwe Soe.

“Than, 39, dan Aung Thien Lin, 20, merupakan suspek warga Myanmar yang ditahan susulan penemuan mayat mangsa yang dikenali sebagai Goh Geok Leng, 43 tahun,” katanya dalam kenyataan Sabtu.

Shahurinain berkata hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian wanita terbabit  disebabkan tidak boleh bernafas selepas mulut mangsa dipercayai disumbat dengan gumpalan kain serta tekanan pada atas leher.

“Hasil bedah siasat turut mengenal pasti terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa dipercayai akibat hentakan objek tumpul,” kata beliau.

Pada Jumaat, mayat mangsa dijumpai dalam sebuah lubang di bawah rumah kontena tempat tinggal pekerjanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 11:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: