Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lebih 10,000 berdoa untuk Malaysia

12 OGOS: Lebih 10,000 umat Islam menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendoakan kesejahteraan negara di majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ di Dataran Putrajaya.

Program yang masuk tahun keempat itu berlangsung lebih empat jam bermula 7.30 malam tadi bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 yang membawa tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Acara dimulaikan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat Isyak dan solat hajat yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat, sebelum diakhiri bacaan selawat dipimpin pendakwah antarabangsa dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaf.

Kemuncak acara adalah bacaan doa yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Antara tujuan penganjuran program adalah bagi menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat serta melahirkan rakyat yang cintakan agama, bangsa dan negara melalui pengisian program berunsur Islam.

Selain itu, ia juga dilaksanakan bagi mendoakan agar Malaysia kekal stabil, makmur serta sejahtera.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 10:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]