Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

12,000 generasi baharu FELDA dirai ‘Jom Ke Sekolah’

21 DIS: Seramai 12,500 orang murid tahun satu Generasi baharu FELDA seluruh negara terima sumbangan kelengkapan persekolahan 2018 daripada Kumpulan FELDA menerusi program Jom Ke Sekolah baru-baru ini.

Menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, sumbangan yang disalur dan diagihkan menerusi Yayasan Felda ini melibatkan peruntukan dana sebanyak RM1.875 juta bagi membeli kelengkapan persekolahan tersebut yang turut menyasarkan 270 buah sekolah harian yang beroperasi di dalam kawasan rancangan FELDA.

Program “Jom Ke Sekolah” ini bermatlamat membantu meringankan beban kewangan para ibubapa khususnya di kawasan rancangan FELDA dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak
mereka ke tahun satu pada sesi persekolahan akan datang.

“Sumbangan seumpama ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah pun dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini di 11 Wilayah Felda termasuk di Sabah. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami di FELDA di dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warganya sentiasa diberi perhatian dan dititik-beratkan memandangkan suasana musim persekolahan baru 2018 akan bermula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pengerusi Yayasan FELDA Datuk Seri Abdul Manan Ismail, selaku pengerak aktiviti kebajikan dan sumbangan Kumpulan FELDA, Yayasan FELDA akan bergerak ke seluruh 54 buah kawasan parlimen yang terletak di dalam kawasan FELDA di seluruh Negara untuk agihan sumbangan.

“Program ini merupakan tanggungjawab sosial Kumpulan FELDA, ianya salah satu cara mendekati
masyarakatnya dan program seumpama ini adalah amalan biasa di FELDA .

“Banyak lagi program-program seumpama ini yang telah dirancang dan dilaksanakan di sepanjang tahun ini khas untuk warga FELDA dan masyarakat Malaysia umumnya,” tambah beliau.

Menerusi program ini, setiap murid menerima sumbangan berupa pakaian seragam, kasut dan
beg sekolah serta peralatan alat tulis dengan anggaran RM150 seorang yang akan diedarkan
sepanjang Disember ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 8:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: