Kategori Berita Antarabangsa

Lebih 140 tertimbus dalam tanah runtuh

24 JUN: Lebih 140 orang dari 40 keluarga dikhuatiri tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat yang melanda kawasan perkampungan di China sejak Jumaat.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku awal pagi tadi di kawasan lembah Maoxian County ke barat daya Wilayah Sichuan.

Tanah runtuh itu menghalang laluan sungai sejauh 2 km dan 1.6km di jalan darat lapor People’s Daily yang memetik jurucakap pihak berkuasa daerah Maoxin.

Pasukan penyelamat dan penduduk kampung kini sedang bertungkus lumus mencari mangsa yang berkemungkinan tertimbus dalam kejadian sekitar jam 6 pagi waktu tempatan itu.

Serentak itu, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan situasi darurat di kawasan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 June 2017 4:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: