Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

447,890 peminjam PTPTN disekat ke luar negara

27 NOV: Seramai 447,890 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki tertunggak disekat untuk keluar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada kelompok 790,186 rakyat Malaysia yang berhadapan situasi sama.

Selain itu, katanya, 138,028 orang merupakan disenarai hitam oleh Jabatan Insolvens, Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) (107,884), Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) (7,024), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (6,091), Jabatan Imigresen (1,543) dan 81,726 orang membabitkan agensi-agensi lain.

“Justeru, bagi mengelak masalah sebelum ke luar negara, Jabatan Imigresen menyediakan perkhidmatan ‘Kiosk Pra-semakan Senarai Hitam’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan rakyat Malaysia menyemak status mereka sebelum ke luar negara,” kata Mustafar  di Sepang hari ini,

Tambahnya, terdapat beberapa komponen utama yang diuji melalui perkhidmatan kiosk seperti pasport dengan cap jari dan tanpa data cap jari, pasport yang disenarai hitam, pasport dibatalkan serta tamat tempoh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2017 4:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: