Kategori Berita Utama

Lebih 5,000 hadir pengkebumian Harun Taib

25 JAN: Lebih 5,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

IMG-20140125-WA0007Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; barisan kepemimpinan PAS negeri dan kawasan, hadir meluangkan masa menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah  kepada keluarga Allahyarham Harun melalui laman Twitter beliau pada Sabtu.

Beberapa pemimpin UMNO yang lain juga didapati turut mengucapkan takziah kepada keluargga Allahyarham sambil turut mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Jenazah Allahyarham Harun, 71, selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya di Kampung Padang Ujib, Manir, jam 11 pagi tadi.

Terdahulu tepat jam 10 pagi tadi jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tanah perkuburan.

Pemimpin PAS itu meninggal dunia akibat penyakit ‘sepsis secondary to peripheral vascular’ yang berpunca daripada komplikasi kencing manis sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman badan berfungsi.

Beliau merupakan tokoh PAS yang disegani kawan dan lawan kerana ketegasannya.

Semasa hayatnya, beliau antara pemimpin PAS selain Datuk Dr Haron Din yang konsisten melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah walaupun berdepan dengan tekanan dari dalam PAS sendiri.

Datuk Dr  Haron Din juga kini tidak sihat dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).-bnbbc.my

Najib Tweet Takziah Harun

IMG-20140125-WA0006

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 January 2014 12:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: