Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lebuhraya Pantai Barat bakal dibuka 2019

6 JULAI: Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak kini sudah 35 peratus siap dan dijangka dibuka untuk laluan trafik pada awal 2019.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh, berkata pembinaan lebuh raya 11 fasa yang memendekkan perjalanan ke utara sepanjang 233 kilometer itu berjalan lancar mengikut jadual.

“Laluan di fasa 4 projek berkenaan iaitu dari Jalan Persekutuan ke Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru dan fasa 8 dari Hutan Melintang ke Teluk Intan antara yang dijadual siap dan dibuka pada awal 2019,” katanya.

Menurutnya baki laluan melibatkan fasa lain juga dijangka siap sepenuhnya pada 2019, kecuali melibatkan fasa 7B iaitu 10km terakhir di Tanjung Karang serta fasa 11 membabitkan sambungan ke Changkat Jering/Taiping.

“Bagaimanapun kita akan cuba untuk membuka setiap laluan yang telah siap kelak secara berperingkat,” katanya.

Ismail berkata projek pembinaan lebuh raya sejak 2014 itu menelan belanja RM5.04 bilion, dengan RM980 juta adalah kos pengambilan tanah, dikendalikan oleh syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

“Projek ini bakal menjadi laluan alternatif terbaik untuk pengguna jalan raya mengelakkan kesesakan terutama pada musim perayaan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 July 2017 11:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: