Kategori Berita Utama

Lee letak jawatan Adun Kajang tanding Naib Presiden PKR

30 MAC: Antara 15 nama calon yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PKR adalah Lee Chen Cheh.

Jika ada sesiapa yang sudah lupa nama itu, Lee adalah Adun Kajang yang melepaskan jawatan pada 27 Januari sekaligus membuka laluan Kajang Move untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malangnya, Ketua Pembangkang itu kemudiannya diganti oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu memenangi PRK DUN Kajang menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pemilihan 23 Mac lalu.

leechincheh

Lee bersaing dengan nama-nama besar dalam PKR

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu mengukuhkan kemampuan mereka dalam berkhidmat kepada rakyat di negeri berkenaan.

“Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN 25 (Kajang) adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Pada masa sama, Chin Cheh turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Kajang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.

Selain kenyataan tersebut, macam-macam cerita dikaitkan dengan Lee yang hanya menjadi Adun selama lapan bulan.

Ini termasuk kononnya beliau sudah diberikan wang dan ditawarkan satu jawatan pentang di pejabat menteri besar Selangor jika Anwar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun, selepas Wan Azizah bertanding dan menang, tidak diketahui sama ada jawatan itu masih menunggunya.

Apa pun, apabila nama Lee tiba-tiba muncul dalam 15 senarai merebut jawatan Naib Presiden, tentu ia sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan.

Adakah ini juga antara rundingan atau tawaran sehingga Lee sanggup melepaskan jawatan Adun Kajang?

Lee bukanlah nama besar dalam PKR berbanding Nurul Izzah Anwar, Datuk Mansor Osman, Fuziah Salleh, N.Surendran, Rafizi Ramli, Elizabeth Wong serta Shamsul Iskandar Mat Azin yang turut bersaing jawatan nombor tiga dalam hirarki parti itu.

Mungkin Lee boleh sembunyi sebab beliau melepaskan jawatan dahulu tetapi dengan namanya disenaraikan sebagai calon, ia membuka sedikit jawapan kenapa beliau berbuat demikian.

Berdasarkan senarai dan jika dinilai latar belakang calon, Nurul Izzah dijangka kekal mempertahan jawatan tersebut dan jika ada muka baru mungkin memihak kepada Rafizi yang Pengarah Strategi PKR dan Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda AMK sekarang.

Tiga nama lain mungkin Fauziah, N. Surendran dan Baru Bian.

Berikut senarai nama calon-calon bagi jawatan Naib Presiden PKR      

 1. Baru Bian

2. Dato Mansor Osman

3. YB Fuziah Saleh
4. Suresh Kumar
5. N Surendran
6. Mustafa Kamil Ayob
7. YB Ellizabirth Wong
8. Dr Shurumugam
9. Dr Trishtaram
10. YB Mohd Rafizi Ramli
11. Mohd Yahaya Shaari
12. Lee Chen Cheh (letak jawatan di DUN Kajang)
13. YB Nurul Izzah Ibrahim
14. YB Dr Xavier
15. Shamsul Iskandar

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2014 10:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: