Kategori Berita Antarabangsa

Lelaki bersalah jual arak, disebat di khalayak ramai

20 JAN: Seorang lelaki disebat secara terbuka hari ini kerana didapati menjual arak di Banda Aceh, sekali gus mengundang kemarahan dan ejekan orang ramai termasuk kanak-kanak.

Lelaki tersebut, Jono Simbolon mengerang kesakitan apabila seorang pegawai agama Islam merotan punggungnya di luar sebuah masjid tempatan di wilayah terbabit.

Dia merupakan orang ketiga yang bukan beragama Islam menerima hukuman sebatan di khalayak ramai sejak Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah setelah diberi autonomi khas pada 2001.

“Ini merupakan komitmen kerajaan kita untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. “

“Sekiranya berlakunya pelanggaran undang-undang, segera laporkan pada polis dan kami akan melakukan hukuman seperti hari ini,” kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2018 9:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: