Kategori Berita Antarabangsa

Lelaki buat upacara kebumi ayam

20 MEI: Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian untuk ayam peliharaannya yang mati baru-baru ini.

Philemon Murefu, 38, terkenal sebagai pencinta haiwan dan sering dilihat berjalan dengan ayam peliharaannya di bahu dan anjing miliknya yang dipakaikan baju.

Dua minggu lalu, Murefu mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjemput mereka untuk menghadiri upacara pengebumian seekor ayam peliharaannya, lapor Agensi.

Murefu memberitahu sebuah akhbar tempatan, walaupun penduduk kampung dan keluarganya sendiri kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi dia tetap meneruskan upacara itu.

“Ketika masih kecil, ibu saya sangat menyayangi haiwan dan saya dibesarkan bersama-sama haiwan ini.

“Saya sangat sedih apabila haiwan yang saya pelihara mati, perasaan yang sama apabila kehilangan orang yang saya sayang,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung dan keluarganya melarang dia membuat upacara pengebumian serta berkabung atas kematian ayam itu.

“Saya menerima banyak penghinaan daripada orang yang rapat dengan saya terutama keluarga dan rakan yang menuduh saya melakukan sesuatu yang tabu tetapi mereka tidak faham perasaan saya.

“Saya dan beberapa rakan yang menyokong saya membuat upacara berkenaan dan saya merancang untuk meletakkan batu nesan di kubur itu,” jelasnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 May 2017 11:40 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]