Kategori Berita Antarabangsa

Lelaki daki Everest secara haram berdepan denda RM95,000

17 MEI: Akibat mendaki Gunung Everest secara haram,  seorang lelaki warga Afrika Selatan berdepan hukuman denda AS$22,000 (RM94,919), iaitu dua kali ganda daripada kos permit.

Ryna Sean Davy (foto) menyerah diri kepada pihak berkuasa di Kathmandu,Nepal semalam selepas ditahan hujung minggu lalu ketika bersembunyi dalam sebuah gua berhampiran kem induk Everest tanpa memiliki sebarang permit.

Inspektor Polis Pelancongan, Tulasha Khatiwada, berkata lelaki berusia 43 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat dan mengancam pegawai daripada jabatan pelancongan ketika disoal siasat, lapor AFP.

Davy ditahan di bawah undang-undang ketenteraman awam Nepal dan akan berhadapan dengan perbicaraan mahkamah minggu depan, berkemungkinna dituduh dengan kesalahan tambahan atas kelakuannya semasa siasatan dijalankan.

“Dia akan didenda dan dihantar pulang menurut Akta Pelancongan Nepal.

Dia boleh dihukum lagi atas kesalahan perbuatan tidak senonoh dengan polis,” kata Pengarah Jabatan Pelancongan, Dinesh Bhattarai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2017 6:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: