Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lelaki ditahan keluar kenyataan jelik terhadap Puteri Johor

17 JULAI: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memuat naik gambar serta kenyataan tidak wajar terhadap Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor di laman sosial Instagram.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek berusia 41 tahun itu, ditahan 7 malam tadi di Shah Alam, Selangor.

Katanya, suspek ditahan dengan bantuan polis Selangor susulan laporan diterima pihaknya pada jam 7.51 malam semalam, berkaitan dengan penyalahgunaan laman media sosial itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan kepada pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan.

Katanya, ia bagi tidak menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak serta tidak memulakan komunikasi yang tidak wajar.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 July 2017 11:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]