Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lelaki hasut sertai guling kerajaan di FB hanya untuk suka-suka

4 JAN: Pemilik akaun Facebook (FB) yang ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menghasut orang ramai menyertai ‘Himpunan Guling Kerajaan’ di FBnya memohon maaf dan mengaku berbuat demikian hanya untuk suka-suka.

Pemilik akaun FB Asmaelz Hadzeny II itu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.25 malam Jumaat ketika tiba dari Kuala Lumpur.

“Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi lelaki yang dibawa oleh anggota polis keluar dari balai ketibaan. Inilah kenyataan tanpa berfikir (akibat perbuatan) yang hanya untuk suka-suka menyuruh orang ramai untuk merusuh.

“(Tindakan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa,” kata penganggur berusia 25 tahun itu yang ditahan di Kampung Karambut di Saratok, kira-kira 400 kilometer dari Kuching Disember lalu.

Dia dibawa ke Bukit Aman dan direman sebelum dibebaskan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah ketika sebelum ini berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.-bnbbc.my

Asmaelz-nk-order-bom

Kenyataan FB Asmaelz Hadzeny II Disember lalu yang membawa kepada penanngkapannya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2014 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: