Kategori Berita Antarabangsa

Lelaki lacur 19 wanita dipenjara

27 OKT: Lelaki kelahiran Malaysia, Hong Chin, 45, yang menjadi anggota sindiket menyeludup 19 wanita Asia ke Britain untuk dilacurkan, dihukum penjara empat tahun.

Mahkamah Old Bailey, London  menjatuhkan hukuman itu  ke atas Chin selepas disabitkan pada awal bulan ini atas beberapa tuduhan termasuk menyeludup untuk tujuan seks, mengawal pelacuran bagi mencari keuntungan serta memiliki hartanah jenayah.

Chin juga mempunyai dua rakan subahat wanita, Li Wei Gao, 44, dan Ting Li Lu, dari China, yang disabitkan dengan jenayah sama, namun hukuman mereka ditangguhkan sehingga minggu depan.

Lapor Reuters, wanita yang diseludup mengiklankan perkhidmatan seks di laman web dan pertemuan dengan pelanggan diuruskan di hotel oleh anggota kumpulan itu, menurut Perkhidmatan Pendakwaan Britain (CPS).

Kira-kira 400 bilik ditempah menggunakan butiran palsu antara Ogos 2013 sehingga Mac 2015, di hotel di England dan Wales, dengan pelanggan membayar secara tunai sebaik tiba.

Operasi itu dikatakan menghasilkan ratusan ribu pound dengan 88,000 pound (RM496,000) yang dibayar kepada satu akaun bank dan lebih 66,000 pound (RM369,000) kepada satu akaun lagi

“Ini adalah operasi tersusun bertujuan menyeludup wanita menjadi pelacur seperti ditunjukkan pelbagai akaun bank yang pernah dikendalikan dan jumlah dana yang dihasilkan.

“Sebaik wanita memasuki perangkap pelacuran hampir mustahil mereka untuk melarikan diri,” kata peguam CPS, Kevin Thompson, dalam satu kenyataan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 10:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: