Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lelaki liwat 6 pelajar tahfiz direman

14 MAC: Polis menahan seorang sukarelawan yang didakwa meliwat enam pelajar berusia 14 hingga 17 tahun di sebuah pusat tahfiz sejak akhir tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Kama Azural Mohamed berkata lelaki berusia 41 tahun aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lalu menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.

“Laporan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lalu di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan berhampiran.

“Siasatan mendapati suspek melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,” katanya hari ini.

Suspek diberkas pada hari yang sama laporan dibuat dan direman bermula semalam sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 6:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: