Kategori Berita Antarabangsa

Lelaki mati makan katak beracun

21 APRIL: Seorang lelaki Korea Selatan maut selepas makan hidangan kodok kerana menyangka ianya adalah daripada spesies tidak beracun.

Polis berkata, mangsa adalah antara sekumpulan lelaki yang menangkap haiwan amfibia itu di kolam takungan berhampiran bandar Daejon pada Mac lalu, lapor BBC.

Foto hiasan seekor katak dari spesis yang dipercayai beracun.

Menyangka ia adalah spesies katak yang boleh dimakan, mereka memasak dan memakannya di sebuah restoran sehari kemudian.

Lelaki berusia 57 tahun mengalami muntah-muntah tidak lama selepas itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya

Polis berkata, bufotenin, bahan kimia yang biasa ditemui pada kodok dijumpai di dalam sisa makanan sekumpulan lelaki berkenaan.

Mangsa lain yang turut makan hidangan itu turut menunjukkan tanda keracunan namun terselamat.

Bufotenin boleh membawa maut apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 7:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]