Kategori Berita Antarabangsa

Menyamar jadi peguam hampir dua dekad

9 FEB: Seorang lelaki di Nigeria berdepan dakwaan susulan menyamar sebagai peguam selama 15 tahun.

Suspek berusia 49 tahun ditahan awal minggu ini semasa dia sedang membuat permohonan jaminan anak guamnya di Mahkamah Lagos.

Laporan Agensi menyebut persoalan mengenai kelayakan suspek timbul semasa prosiding mahkamah pada hari Selasa lalu.

Pelanggannya dibebankan syarat jaminan yang ketat dan dia mahukan pilihan dalam keadaan itu.

Bagaimanapun, suspek tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Jurucakap polis berkata lelaki itu tidak dapat berhujah apabila dicabar oleh seorang peguam lain di mahkamah yang bertindak mencabar suspek dan mengatakan seorang peguam berdaftar perlu menangani isu ikat jamin.

Laporan media tempatan mengatakan suspek yang kemudian mengaku belajar undang-undang di sebuah universiti di Ukraine yang belum diiktiraf Majlis Peguam Nigeria.

Bagaimanapun,, suspek dilaporkan sudah memenangi banyak kes mahkamah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2018 10:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: