Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lelaki seludup senjata api untuk Daesh diburu

3 MEI: Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam penyeludupan senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan anggota kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, dipercayai melarikan diri ke selatan negara jiran.

“Alamat terakhirnya ialah No 3 Kampung Gertak, Rantau Panjang, Kelantan dan dia dipercayai membawa selaras senapang jenis M4 Carbine dan sepucuk pistol untuk ke seberang melalui Sungai Golok, Rantau Panjang.

“Dua rakan subahatnya ditahan dalam operasi di Kelantan pada 24 dan 25 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Inspektor Mohd Badri Othman di talian 011-26924829 atau menghubungi balai polis yang berhampiran.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 2:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: