Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lelaki tikam pemandu bas kena penjara

7 DIS: Gara-gara menikam pemandu bas pada Nov lalu, seorang peniaga dihukum penjara lima hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret Kangar.

Hukuman itu diputuskan Majistret Shamshol Azwa Martadza, selepas tertuduh, Kong Yeow How, 42, mengaku salah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yeow How yang berasal dari Kaki Bukit, Perlis, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Fakhri Yahya, 33, menggunakan pisau di Stesen Bas Kangar pada pada jam 11.02 pagi hari kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Asmaniza Abdullah.

Pada hari kejadian, Yeow How dikatakan ketinggalan bas di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar.

Dia kemudiannya menaiki teksi ke Kangar dan menikam pemandu bas  berkenaan.

Suspek yang menyembunyikan diri kira-kira dua minggu selepas kejadian itu, kemudian ditahan di rumah keluarganya di Kaki Bukit, Isnin lalu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]