Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lemang To’ Ki tarikan pengunjung ke FELDA Bilut

1 FEB: Kesusahan sebagai anak seorang peneroka FELDA Lurah Bilut pada 1965 menjadikan pemilik perniagaan lemang To’ Ki bertekad meluaskan empayarnya demi keluar dari kepompong kemiskinan.

Menceritakan kisahnya, Mazlan Ramli memulakan perniagaan dengan membaiki kasut pada 1988 sehingga 2006.

Mazlan Ramli sedang membakar lemang untuk pelanggannya di kedainya di Bentong, Pahang.

Namun beliau kemudiannya beralih arah ke perusahaan lemang yang menjanjikan pendapatan lumayan sehingga mampu memiliki dua cawangan dan 50 orang pekerja

“Sebelum itu saya bersama isteri hanya membuat lemang dan rendang secara separuh masa bermula Jumaat sehingga Ahad.

“Namun selepas melihat prospek, kami membesarkan perniagaan dengan membuka restoran pada 2011 dan saya terus tinggalkan bidang kasut.

“Pada tahun berikutanya kami membuka cawangan kedua dan untuk cawangan pertama di Bentong kami buka setiap hari bermula 7.30 pagi sehingga 12 malam, manakala cawangan kedua kami buka seawal 7.30 pagi sehingga 6 petang, ” katanya kepada BNBBC. My portal.

Pemilik Restoran Lemang To’ki Mazlan Ramli di hadapan kedai beliau di Bentong, Pahang yang menjadi sumber inspirasi peneroka FELDA lain.

Atas kejayaan itu, perniagaan Mazlan mampu menjual sehingga 300 batang sehari dan jumlah itu meningkat tiga kali ganda pada hujung minggu dan musim perayaan.

Kini, beliau dengan kerjasama pengurusan FELDA bersedia membantu golongan muda di Lurah Bilut untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka tanpa berhijrah ke bandar.

Katanya, satu usaha kerjasama sedang dilakukan di bawah program karnival usahawan untuk golongan muda dengan mempelbagaikan aneka menu dengan menggunakan jenama Lemang To’ Ki.

“Kita akan bantu supaya ia menjadi tarikan kepada kepada pengunjung yang hadir,” kata Mazlan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2018 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: