Kategori Berita Utama

Lembah Digital FELDA Lurah Bilut bakal setanding Bali

18 NOV: Bakal mencipta sejarah di negara ini, Lembah Digital Bilut (LDB) di Raub yang berkapasiti 3,000 penduduk dijangka menjadi tarikan pelancongan setanding Bali, Indonesia.

Idea unik ini pastinya diaspirasi daripada Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang ingin melihat projek FELDA 2.0 itu memodenkan Lurah Bilut sekaligus menjadi pemangkin kemajuan kepada tanah rancangan lain di negara ini.

Sebahagian pegawai dari Yayasan Hasanah serta kakitangan FELDA mendengar penerangan berkenaan projek Felda 2.0 Lembah Digital Bilut di Felda Lurah Bilut Raub Pahang.

Dari Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa sejam dan di sepanjang perjalanan, pengunjung akan dihidangkan tarikan makanan seperti lemang Tok Ki dan nangka madu.

Turut tidak ketinggalan durian musang king yang kini menjadi produk kebangaan negara.

Menurut jurucakap wakil Ekonomi Merdeka Anak Muda (Indienomics) Mohd Fakhruradzi Tajuddin, lembah itu  bakal mempunyai tarikan yang berbeza dengan tanah rancangan lain.

“Lurah Bilut adalah yang pertama yang dibuka dengan kepelbagaian kaum dan mereka sendiri bersatu sebelum wujudnya konsep 1 Malaysia,” katanya pada sesi taklimat lawatan oleh krew BNBBC.my portal bersama kakitangan Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Selain itu, bagi pengunjung yang menggemari destinasi pelancongan luar negara, dijangka akan berpuas hati dengan tarikan di LDB yang mempunyai konsep tersendiri.

“Ramai rakyat negara ini memilih tempat yang menjadi trend generasi muda seperti Bali dan Langkawi, tetapi selepas ini LDB juga akan setanding dengan tempat tersebut apabila kita akan lengkapi dengan jaringan internet berkelajuan tinggi serta penginapan berkualiti,” katanya lagi.

Jelas Fakhruradzi, peneroka di tanah rancangan itu sudah sampai generasi kelima dimana kebanyakannya adalah berumur 40 tahun dan ke bawah.

“Kita nak mereka terus tinggal di LDB tanpa keluar ke bandar untuk mencari pekerjaan.

perkhidmatan,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 4:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: