Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lembu terjatuh dalam longkang diselamat Bomba

16 APRIL: Seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit di Perak berjaya dikeluarkan dengan menggunakan jengkaut.

Dalam kejadian jam 4.05 petang tadi, haiwan herbivor itu dikatan terjatuh dalam longkang berkedalaman 1.2 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Salleh Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.20 petang.

“Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan.

“Kita turut mendapat kerjasama daripada orang awam yang menggunakan jengkaut bagi menarik lembu menggunakan tali khas,” katanya dipetik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 8:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: