Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lepas bunuh 3 anak, bapa gantung diri

20 NOV: Seorang lelaki di Sungai Petani mengantung diri selepas membunuh tiga anaknya yang masih kecil.

Kejadian disedari ahli keluarga mangsa selepas menemui mayat empat beranak itu pada jam 1 tengah hari tadi.

Kediaman di Sungai Petani, di mana kejadian bapa mengantung diri selepas dipercayai membunuh anaknya.

Laporan sebuah portal berita tempatan menyebut bahawa mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemui tergantung dalam bilik utama di tingkat atas kediamannya, manakala mayat tiga anaknya berusia antara empat hingga lapan tahun ditemui di atas katil.

Sumber polis percaya lelaki berkenaan membunuh tiga anaknya itu sebelum membunuh diri.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan tekanan selepas baharu kehilangan isteri yang juga ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam bilik yang sama 1 November lalu.

Sementara itu, punca kejadian masih dalam siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2017 5:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: