Kategori Berita Antarabangsa

Letupan bom, 6 maut di Yaman

2 JUN: Satu letupan bom di sebuah pasar di bandar utara Yaman menyebabkan enam maut manakala 15 lagi cedera, kata seorang pegawai.

Memetik REUTERS, pegawai yang enggan dikenali berkata, penyerang meletakkan peranti letupan di sebuah pasar di al-Hazm terletak di timur laut Sanaa malam tadi, ketika ia penuh sesak dengan pelanggan sempena Ramadan.

Foto fail, salah satu kemusnahan hasil serangan bom nekad yang pernah berlaku di Yaman sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan motif serangan tidak diketahui.

Militan al-Qaeda dan Daesh dikatakan mengambil kesempatan terhadap konflik lebih dua tahun membabitkan kerajaan disokong tentera pakatan diketuai Arab Saudi dan pemberontak bersenjata Houthi, untuk melakukan pengeboman terhadap kedua-dua pihak, yang mereka tuduh murtad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 6:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: