Kategori Berita Antarabangsa

Takbai dibom, 7 tentera Thailand cedera

2 JUN: Tujuh anggota tentera Thailand cedera dengan tiga daripadanya parah dalam dua kejadian serangan bom di daerah Takbai, wilayah Narathiwat di selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Takbai, Kol Pacharapon Na Nakhon berkata, kejadian pertama berlaku jam 9 pagi waktu tempatan berhampiran jambatan di Kampung Pulau Cek Muda menyebabkan tiga anggota tentera sedang menaiki trak cedera parah.

“Letupan itu disebabkan oleh sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang diletak dalam motosikal dan dipecayai diletup menggunakan walkie-talkie,” lapor BERNAMA Jumaat.

Menurut Kol Pacharapon, ketiga-tiga anggota tentera itu bersama dua anggota yang lain sedang dalam perjalanan ke rumah bekas anggota militan di kampung berkenaan ketika bom buatan sendiri itu meletup

Dalam kejadian kedua yang berlaku kira 800 meter dan setengah jam selepas kejadian pertama, empat anggota tentera cedera apabila sebutir bom dianggarkan seberat antara lima dan tujuh kilogram meletup ketika mereka sedang memeriksa jalan itu.

Menurut Pacharapon, bom itu dipercayai diledak menggunakan telefon bimbit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 8:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: