Kategori Berita Antarabangsa

Letupan konsert Ariana Grande: Seorang lelaki ditahan

23 MEI: Polis memaklumkan mereka menahan seorang lelaki berusia 23 tahun, mungkin mempunyai kaitan dengan serangan bom nekad di Manchester yang mengorbankan 22 orang, hari ini.

Berpuluh-puluh mangsa lain turut cedera dalam serangan di sebuah konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande itu.

“Susulan insiden di Manchester Arena, malam tadi kami mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun di selatan Manchester,” kata polis tempatan menerusi Twitter.

Dalam kejadian awal pagi tadi dua letupan dilaporkan berlaku ketika berlangsungnya konsert Ariana Grande di Manchester Arena, UK.

Insiden yang berlaku pada Isnin malam waktu UK meragut nyawa sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 50 yang lain, lapor BBC.

Manchester Arena ialah stadium tertutup di utara bandar Manchester.

Menerusi akaun Twitter Greater Manchester, polis meminta orang ramai agar tidak mengunjungi lokasi berkenaan dan kes sedang disiasat sebagai insiden keganasan, lapor.

Sementara itu rakaman video menunjukkan keadaan kecoh di dalam Manchester Arena apabila ribuan penonton lari bertempiaran selepas mendengar bunyi letupan.

Penyanyi Ariana Grande bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat.

Saksi kejadian melaporkan ternampak kira-kira 20 ke 30 orang terbaring di atas lantai dewan di mana letupan diipercayai berlaku.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2017 11:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: