Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Liberalisasi tarif insurans wujudkan kadar berpatutan

24 OKT: Dalam memastikan industri terus berdaya saing, kerajaan akan melaksanakan liberalisasi tarif insurans permotoran yang menawarkan harga berpatutan serta perkhidmatan berkualiti kepada para pengguna.

Menurut Menteri Kewangan 2, Datuk Johari Abdul Ghani, antara yang diketengahkan adalah pelarasan subsidi bersilang (cross-subsidies).

“Pada masa ini sesetengah pemegang polisi membayar premium yang lebih mahal terutama untuk pemandu dan kenderaan yang berisiko tinggi.

“Namun penetapan polisi ini akan menghasilkan kadar premium yang lebih saksama dengan mengambil kira faktor risiko yang lebih menyeluruh bagi membolehkan syarikat insuran atau takaful  menyediakan pelbagai produk yang inovatif dengan harga yang berpatutan dan berbeza.

“Ia juga menggalakkan pemanduan secara berhemah melalui pengenalan ciri produk baharu yang mengaitkan harga premium dengan tabiat memandu seperti perlindungan insurans telematik’,” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh meminta kementerian menyatakan justifikasi kerajaan terhadap liberalisasi tarif insurans permotoran baharu dalam memastikan syarikat insurans menawarkan kualiti kemudahan bersesuaian dengan kadar premium yang dikenakan.

Bermula Julai lalu, syarikat insurans di Malaysia menawarkan pilihan produk dengan harga fleksibel bagi kenderaan komprehensif, insurans kebakaran serta kecurian kenderaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 2:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: