Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lima bayi terawal terima ADAM50

1 JAN: Lima bayi yang dilahirkan awal pagi tadi di Hospital Shah Alam (HSA) menerima Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Ia adalah berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 bahawa setiap bayi menerima RM200 menerusi simpanan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Seorang ibu, Wan Ruzana Saarani,25 memuji insentif diberikan kerajaan dan beliau gembira menerimanya bagi pihak bayi perempuannya.

Hadir menyampaikan sumbangan adalah Naib Presiden Jabatan Jualan dan Pengurusan Saluran ASNB, Mohd Yazid Jali dan pengarah HSA, Datin Dr Hasni Hanapi.

ADAM 50 juga adalah usaha memastikan rakyat mempunyai tabiat melabur seperti unit amanah untuk jaminan masa depan mereka.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 1:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: