Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lima budak lelaki bakar 100 motosikal

16 MEI: Sekumpulan lima remaja lelaki di bawah umum dilaporkan membakar 100 motosikal di pangsapuri Angsana di USJ 1, Puchong pagi tadi.

Lapor Sinar Harian, perbuatan mereka yang berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun, mengakibatkan kenderaan hangus manakala bahagian bawah pangsapuri turut terbakar jam 3.03 pagi tadi,

“kanak-kanak ini bertindak sedemikian kerana tidak puas hati ditegur penduduk berikutan mereka sering membuat bising di bawah blok,” kata ketua polis daerah Subang Jaya, ACP Mohamad Azlin Sadari.

Tambahnya kesemua suspek direman pagi tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 3:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: