Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lima Ketua Pemuda MCA Perak umum tanding

Lima Ketua Pemuda MCA Bahagian di Perak mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan tertinggi pada pemilihan sayap Pemuda negeri itu bulan ini.

Mereka adalah Dr Liew Mun Hon (Ipoh Timur), Wong Kam Seng (Batu Gajah), Yong Yi Fu (Tanjung Malim), Lim Hong Ong (Teluk Intan) dan Khor Chin Chee (Parit Buntar).

Mereka akan mencabar satu sama lain untuk jawatan Ketua Pemuda negeri, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

mcaDr Liew berkata pasukannya sudah bersedia untuk bertanding pada pemilihan itu.

“Rakan saya semuanya pemimpin di peringkat bahagian yang aktif dan sudah bersama parti lebih 10 tahun.

“Saya yakin untuk katakan tidak ada puak dalam pasukan kami.

“Saya berharap perwakilan akan memberi peluang untuk membawa perubahan kepada sayap parti ini,” katanya pada sidang media di Ipoh Jumaat.

Menurut beliau, terdapat seramai 864 perwakilan pemuda di negeri ini. 1/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 November 2013 3:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: