Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lima penumpang cedera, bas ekspres rempuh belakang treler

21 FEB: Lima penumpang cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 400.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.08 pagi.

Menurutnya, kecederaan melibatkan dua penumpang lelaki dan tiga wanita yang telah dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum ketibaan anggota bomba.

“Sebanyak 22 penumpang lain termasuk pemandu bas terselamat dan operasi ditamatkan pada pukul 1.52 pagi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 10:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: