Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lima rentung dalam kemalangan maut

11 JUN: Tujuh mangsa mati termasuk lima rentung dalam kemalangan maut membabitkan empat buahkenderaan di Jalan Ladang RISDA, Palong, Negeri Sembilan pada petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.20 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dan Simpang Pertang

“Tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, dengan lima daripadanya rentung.

“Manakala dua mangsa cedera dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Jempol,” katanya hari ini.

Menurut Norazam, pasukannya berhadapan kesukaran melakukan kerja menyelamat mangsa di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) akibat dihempap sebuah treler.

“Sehingga kini, tiga mangsa yang rentung sudah dikeluarkan, manakala operasi menyelamat dua lagi mangsa masih diteruskan,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 9:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: