Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Logo UMNO: Mereka cemburu, UMNO bayar apa masalahnya?

12 MEI: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pihak yang tidak berpuas hati ekoran beberapa lokasi dan bangunan di sekitar Kuala Lumpur mempamerkan logo sambutan ulang tahun UMNO ke-71.

Tengku Adnan menyifatkan pihak yang marah dengan tindakan tersebut sebagai cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO.

“Semua saya buat nak marah. Bukan situ (bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sahaja dia marah, dekat Pavillion pun dia marah, dekat Jalan Klang Lama dia marah, dekat Segambut dia marah.

“Kenapa nak marah? Kita bayar, apa masalahnya?,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas memberi sumbangan kepada surau-surau di kawasan parlimen Putrajaya sempenan gotong royong perdana esok

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan mendakwa pihak tertentu berasa cemburu tetapi tidak sedar mereka juga melakukan sedemikian.

“Mereka cemburu. Bila dia buat tak apa. Di negeri Selangor, tiap-tiap bulatan ada gambar entah siapa-siapa saya tak tahu. Dia boleh. Kita buat semua salah,” katanya lagi.

Ku Nan juga menjelaskan papan iklan digital di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih dalam tempoh percubaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak DBKL meletakkan logo UMNO sebagai percubaan.

“Bagi DBKL, (papan iklan digital) bangunan itu masih dalam percubaan. Belum siap lagi. Jadi saya minta mereka untuk letak (logo) untuk percubaan.

“Macam di Pavillion dan tempat lain kita dikenakan caj dan kita bayar,” kata Setiausaha Agung UMNO itu.

Dilaporkan, tindakan DBKL ini telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Antaranya, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang mendakwa tindakan itu tidak menghormati warga kota yang rata-rata mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 8:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: