Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Loji Ijok pecah, status pemulihan bekalan air tersasar

6 MAC: Beberapa kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dilaporkan cedera susulan sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3, Ijok, Selangor, pecah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan pada jam 5.00 petang tadi.

“Kejadian ini menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak SPLASH sudah memaklumkan kepada pihak SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Susulan daripada insiden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar daripada jadual asal seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

SYABAS turut memaklumkan status pemulihan yang baharu dan akan bekerjasama dengan SPLASH bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan yang terjejas di Lembah Klang dan Pusat Khidmat Setempat syarikat itu akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih.

Semasa kejadian, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berada di lokasi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 11:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: