Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lokasi Hawk 108 terhempas dikenal pasti

16 JUN: Satu lokasi kira-kira dua kilometer (km) dari tempat mayat dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditemui semalam, dipercayai menjadi tempat pesawat Hawk 108 yang dikendalikan terhempas.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu mengorbankan nyawa Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Pegawai TUDM dilihat turut berada di lokasi dan memasang pita kuning sepanjang kira-kira 200 meter di kawasan terbabit bagi menghalang orang ramai memasuki lokasi kejadian.

Dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipercayai milik TUDM turut berada bersama kira-kira 10 petugas di lokasi. Tinjauan turut mengesan helikopter TUDM berlegar-legar di kawasan berkenaan sejak jam 10 pagi.

Kumpulan media yang berada berhampiran lokasi berkenaan dilarang memasuki kawasan hutan paya bakau berkenaan atas faktor keselamatan.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan TUDM berhubung status usaha mengesan bangkai pesawat Hawk 108 terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: