Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

LPT tanpa lorong tunai Ogos depan

14 JULAI: Semua 19 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1 dan LPT2) akan menggunakan kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya mulai 14 Ogos depan.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Noor Azmi Ghazali, berkata pihaknya percaya pengguna di Pantai Timur sudah bersedia dengan sistem yang sudah diguna di 158 plaza tol di seluruh negara.

“Semua plaza tol di LPT1 dan LPT2 akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch n Go di lorong beroperasi 24 jam.

“Syarikat konsesi LPT1 iaitu ANIH Berhad dan LPT2 (LPT2 Sdn Bhd) juga sudah pastikan kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dihadapi pengguna jika mereka menghadapi masalah ketika melaksanakan transaksi pembayaran tol elektronik di plaza tol,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pelaksanaan ETC bagi LPT1 dan LPT2 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Salleh, Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dan Pengurus Besar LPT2 Sdn Bhd, Husni Md Yusuf.

Tambah Noor Azmi, LPT1 turut menyediakan kaunter penjualan kad Touch n Go dan khidmat tambah nilai di Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 15 jam setiap hari, bermula jam 7 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 July 2017 6:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: