Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Maaf, Putrajaya tak akan ada Hard Rock Cafe

6 JAN: Sebarang permohonan untuk membuka cawangan rangkaian kafe dan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya tidak akan dipertimbangkan kata Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keadaan trafik di Purajaya pada Isnin, beliau menegaskan, sekiranya terdapat permohonan lagi selepas ini pihaknya akan mengembalikannya kepada pemohon.

Pada Ahad malam, Tan Sri Aseh di laman Facebooknya turut menegaskan tiada pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya.

Menerusi kenyataan di laman sosial FB miliknya, Aseh turut memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.

Ahli perniagaan, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir cuba memohon untuk membuka hotel dan rangkaian Hard Rock Cafe di Putrajaya tetapi ditolak.

PUNCA…Ahli perniagaan, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir cuba memohon untuk membuka hotel dan rangkaian Hard Rock Cafe di Putrajaya tetapi ditolak.

Jelas Aseh, beliau ada menerima kunjungan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.

“Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

“Setelah mendengar dengan prihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur-unsur penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.

Tan Sri Aseh Che Mat Presiden Perbadanan Putrajaya

Tan Sri Aseh Che Mat
Presiden Perbadanan Putrajaya

“Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Semalam, cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.

Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka HRC di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda.

Beberapa jam selepas berita pembukaan HRC disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook diwujudkan menggunakan nama ‘Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya’ yang mendapat lebih 7,000 ‘likes’ hingga tengah malam tadi.

“Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam.

“Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya,” itu antara luahan rakyat yang tidak bersetuju dengan idea penubuhan Hard Rock di Putrajaya.

Selain akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ dan ia mendapat bantahan daripada pengikut laman itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2014 1:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: