Kategori Berita Utama

Maahad Tahfiz berdaftar dipasang CCTV

15 FEB: Sebanyak 612 Maahad Tahfiz di seluruh negara akan dipasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) secara berperingkat bagi mengelakkan tragedi kebakaran premis itu berulang pada masa depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kesemua pusat tahfiz itu adalah yang berdaftar daripada jumlah keseluruhan di seluruh negara.

Katanya lagi bekalan CCTV itu akan disalurkan melalui Yayasan Taqwa dan unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU).

“Kita akan meneliti keperluan yang berkenaan kerana ianya memerlukan kos yang tinggi jika mahu melaksanakan di 612 maahad tahfiz berdaftar kerana ada juga maahad tahfiz yang tidak berdaftar,” katanya hari ini.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Alat Keselamatan Kebakaran kepada Institusi tahfiz swasta berdaftar di Putrajaya, Khamis.

Tambah beliau, bekalan CCTV itu adalah juga merupakan permintaan beberapa persatuan tahfiz bagi mengawal keselamatan di sekitar maahad tahfiz tersebut.

Menurutnya, Maahad Tahfiz itu turut akan menerima 1,836 unit pemadam api sebagai langkah proaktif kerajaan selain latihan kebakaran kelolaan Jabatan Bomba mengadakan setahun sekali.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Saddique, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2018 2:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: