Kategori Berita Utama

MAB beri sokongan penuh kepada inisiatif Negaraku

3 MEI: Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap inisiatif Negaraku.

Acara itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Md Yusof, dalam majlis ringkas di Perdana Putra, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Syed Keruak serta Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MAB gembira diberi peluang mengambil inisiatif untuk turut menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Katanya, peluang mengibarkan Jalur Gemilang menjadi saluran terbaik bagi menyerlahkan keunikan negara kepada penumpang asing.

MAB juga yakin semangat perpaduan rakyat yang dipacu sikap cintakan negara menjadi kunci kemajuan negara menuju kemakmuran yang akan memanfaatkan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Bellew berkata, Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai syarikat 100 peratus milik Malaysia, bangga memberi komitmen terhadap inisiatif Negaraku.

Katanya, MAS akan menerapkan inisiatif Negaraku dengan memaparkan logonya pada pesawat terpilih, mengenengahkan kisah wira negara menerusi majalah dalam pesawat selain segmen khas ketika siaran hiburan dalam penerbangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 3:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: