Kategori Berita Utama

Kerajaan Selangor kena tunjuk cara arah burung walit pindah

12 DIS: Kita biasa dengar orang diarah pindah tetapi macam mana pula kalau burung walit diarah pindah?

Inilah arahan kerajaan negeri Selangor yang memeningkan pengusaha burung walit di negeri itu supaya berpindah ke tanah pertanian.

Pengerusi Persatuan Burung Walit Negeri Sembilan Datuk Lee Yuen Fong berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya memahami bagaimana industri ini beroperasi sebelum membuat keputusan yang tidak masuk akal.

Sekiranya kerajaan negeri gagal mengkaji semula arahan tersebut, Lee berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tidakan mahkamah terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu.

“Kami akan berbuat demikian, jika masih tidak layan sebab kami tidak boleh biarkan ini berlaku, tindakan mereka itu hanya akan membunuh industri burung walit.

“Malah arahannya tidak masuk akal. Beliau tidak tahu mengenai industri ini dan pandai-pandai mengarahkan berpindah.

“Yang terbabit adalah burung, macam mana kita nak suruh burung-burung ini pindah sedangkan manusia pun tidak mahu, inikan pula burung yang dah biasa dengan sarang mereka,” kata Lee.

burungwalitBeliau turut hadir bersama beberapa wakil persatuan burung walit dari Pulau Pinang, Johor dan Pahang sebagai tanda solidariti kepada persatuan di Selangor yang sudah diarahkan kerajaan negeri berpindah ke lokasi belum diputuskan dalam tempoh tiga tahun.

Mereka berkumpul  dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Shah Alam seawal jam 7 pagi Rabu untuk membantah arahan tersebut..

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Burung Walit Selangor Mah Swee, garis panduan terbaru untuk industri tersebut bakal mengakibatkan lebih 5000 pengusaha bakal  berdepan dengan kerugian.

“Bagaimana boleh menukar sesuka hati mereka? Kerajaan Persekutuan sebelum ini menetapkan kawasan perusahaan burung walit di kawasan komersil, industri dan pertanian.

“Tapi kini garis panduan dari kerajaan negeri menetapkan pengusaha burung walit harus berpindah ke kawasan pertanian dalam tempoh tiga tahun ini amat tidak masuk akal,” kata beliau.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Burung Walit Selangor  Andrew Chew pula mendakwa Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim baru-baru ini telah menipu kononnya pengusaha burung walit telah bersetuju dengan arahan erpindahan tersebut.

Jelas Andrew, dalam mesyuarat bersama Teng pada 30 Ogos lalu, mendakwa pengusaha telah sebulat suara tidak bersetuju dengan arahan tersebut.

“Bila kita dapat tahu, kita terkejut, kerana semasa mesyuarat kita dah bertegas tidak mahu ada pemindahan, kerana kita mengikut garis panduan kerajaan pusat, tapi orang itu (Teng) tetap berkeras.

“Dia (Teng) telah berkata kepada kami ini undang-undang kerajaan negeri, kamu kena ikut. Kalau saya kata pindah, maka pindah,” katanya.

Teng, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan, baru-baru ini memperkenalkan Peraturan Kecil Penternakan Burung Walit dan Pengeluaran Sarang Burung Walit 2013.

Peraturan baru itu mengarahkan pengusaha berkenaan untuk berpindah ke kawasan berstatus tanah pertanian dalam tempoh tiga tahun.

Kerajaan negeri dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas pengusaha yang gagal memohon lesen dalam tempoh ditetapkan sehingga akhir bulan ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2013 3:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: