Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Madrasah Pak Teh musnah dalam kebakaran

3 JULAI: Kesemua 18 buah penginapan sebuah pusat pengajian agama di Pengkalan Hulu, Perak hangus dijilat api dalam sebuah kebakaran pada lewat malam semalam.

Dalam kejadian sekitar 11 malam itu, madrasah dikenali Pondok Al-Latifiah atau Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 itu musnah.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar.

“Maklumat awal mendapati terdapat 18 buah pondok penginapan pelajar jenis kelas C berkeluasan 15 x 10 musnah terbakar dalam kejadian itu.

“Selain itu, kebakaran tersebut turut menyebabkan kerosakan pada sebuah madrasah yang terkena bahang api,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman kebakaran mengambil masa lebih dari dua jam dan mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Baling.

Terdahulu, operasi pemadaman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Shahar Murshid Harun tersebut juga dipercayai dibantu oleh orang awam yang cuba memadamkan api dengan menggunakan baldi.

Pondok Pak Teh, merupakan sebuah pusat yang dikatakan banyak melahirkan ribuan ilmuan dalam bidang agama serta masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada bangunan mereka.

Malah, pondok tersebut juga banyak meninggalkan nostalgia dalam usaha mengembangkan dakwah Islam di daerah ini sekali gus menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 July 2017 11:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: