Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas PM sedia bertanding guna logo DAP

13 MAC: Selepas beberapa kali pemimpin BN mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding guna logo DAP, akhirnya Pengerusi PPBM itu mengakui akan bertanding dalam PRU14 menggunakan tiket DAP jika partinya terbubar akibat pelanggaran perlembagaan.

Memetik laporan sebuah portal berita, kenyataan itu menyebabkan beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan ketawa, apabila Dr Mahathir meminta kebenaran.

“Saya terbuka mengenai isu ini, malah saya boleh bertanding di bawah parti DAP juga. Mungkin menjadi Presiden DAP,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.

Bekas perdana menteri itu mengulas jika PPBM sanggup bertanding di bawah tiket parti lain dalam Pakatan Harapan sekiranya partinya terpaksa dibubarkan.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Dr Mahathir berkemungkinan bertanding atas tiket DAP kerana tidak yakin dengan pengaruh PPBM yang didakwa tidak mempunyai kekuatan akar umbi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 6:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: