Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir beban besar pembangkang

17 APRIL: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kem pembangkang disifatkan merencatkan ‘mood’ perubahan yang ingin dibawa oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin melihat bekas perdana menteri itu sebagai beban besar PH menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya melihat Dr Mahathir lebih menyusahkan kerana ketika rakyat dalam mood perubahan yang sangat tinggi.

“Ini disebabkan beban Pengerusi PH itu terpaksa ditanggung pimpinan dan ahli parti pembangkang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, hari ini di ibu kota.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan kempen ‘Siri Risalah Kompilasi Jenayah Kartel Azmin Ali’.

Jelas Chegubard, pihaknya akan mendedahkan bukti jenayah baharu membabitkan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk difahami masyarakat terutama pengundi.

“Risalah ini boleh dibaca menerusi  http://kartelAzmin.blogspot.com dan pihak kami akan menyebarkan dalam pelbagai bentuk termasuk cetakan serta sebaran media sosial,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 7:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: