Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir bertanding di Langkawi

16 APRIL: Seperti dijangka, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon parlimen Langkawi untuk bertanding dalam PRU14.

Ia diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu program di pulau peranginan itu malam tadi.

“Dengan bangganya, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi,” katanya dipetik.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu mengumumkan senarai calon PPBM di DUN dan parlimen di Kedah, namun tidak menyebut Langkawi.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu bertanding di Langkawi.

Berikutan itu, Dr Mahathir dijangka berdepan penyandang, Datuk Seri Ir Nawawi Ahmad daripada BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 12:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: